skck.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN CHENDERONG KELUBI
Sg.Galah, Tanjung Tualang, 31800 Perak Tengah, Perak. Tel : 05-4690534, Faks : -
e-mel : skck@zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE |

SEJARAH SEKOLAH

         Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, pada asalnya ialah sebuah sekolah yang dikhaskan untuk orang asli  (semai) dan terletak di kawasan pedalaman. Pekan kecil yang terdekat ialah pekan Tanjung Tualang, kira-kira 20km jaraknya dari sekolah. Mempunyai dua buah bangunan yang didirikan pada tahun 1964 dan 1984 dan mempunyai enam bilik darjah. Ketika itu sekolah ini ialah sekolah cawangan yang berpusat di Sekolah Kebangsaan Changkat Pinggan dan ditadbir oleh seorang Guru Besar. Pada Tahun 1979 Sekolah Kebangsaan Changkat Pinggan telah dipindahkan ke Kampong Tersusun Air Kuning dan bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Sri Changkat. Ketika itu sekolah ini masih menjadi sekolah cawangan kepada sekolah tersebut.


Bangunan pejabat sekolah


Bilik PKMOA sekolah

        Pada tahun 1985, sekolah ini telah dipisahkan daripada Sekolah Kebangsaan Sri Changkat dan ditadbir secara berasingan oleh seorang guru besar bernama En. Amran bin Rais. Murid sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dengan menerima minuman ringan setiap hari persekolahan. Mulai 1992 pihak JHEOA  memberi peruntukan yuran tahunan, bantuan buku dan alat tulis serta bantuan pakaian sekolah untuk semua murid sekolah ini. Kementerian Pelajaran telah memperuntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada semua murid sekolah ini.
        Pada tahun 1989, Kementerian telah meluluskan satu bangunan tambahan dibawah projek gotong-royong yang bernilai RM25,000. Bangunan ini telah siap dibina pada 30.12.1989. Pada tahun 1994 Kementerian meluluskan satu lagi peruntukan bangunan bernilai RM200,000 dibawah kelolaan JKR, Perak dan siap dibina pada bulan Oktober 1995.

Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah

         Pada tahun 1995, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih keseluruhan kawasan serta bangunan sekolah dan diletakkan dibawah pentadbirannya. Walau bagaimanapun peruntukan yuran-yuran persekolahan masih dibekalkan oleh JHEOA. Dibawah pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pelajaran, sekolah ini sekarang mempunyai 3 blok bangunan dan ditetapkan sebagai sekolah Gred B (Sekolah kurang murid).


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: